CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mar 10, 2011

Tiada Hadiah Kebendaan Dapat Kuberi....

Malam Jumaat datang lagi.
Malam Jumaat Ke-8,
Kini Tiada lagi hadiah material mampu kuberi,
Aku hanya mampu menghadiahkan Surah Yasin pada Nendaku Mohd Zain b. Hamidah..
Setelah selesai segalanya aku akan membuat tahlil untukmu,
Hanya itulah penyambung segalanya,
Aku tak mampu membeli baju melayu buatmu,'
Aku tak mampu membeli aiskrim McD kepadamu,
Aku tak mampu membawa kau makan bersamaku,
Aku tak mampu lagi menyambung rutin yang aku selalu buat bersamaku...
Aku hanya mampu mengirimkan sepotong doa buatmu,
Kita dipisahkan oleh dua dunia yang amat berbeza...
Hanya ALLAH sahaja yang tahu bilakan aku bertemu kamu,
Aku rindu sangat padamu..
Hanya Allah dapat mengurangkannya...
Aku hanya mampu Menghadiahkan Yasin pada malam Jumaat dan Al-Fatihah setiap hari tatkala aku merinduimu..

P/S Yasin....Al-Fatihah...Amin...Semoga Allah mencucurkan rahmat keats roh Mohd Zain bin Hamidah

0 comments: