CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mar 3, 2011

Malam Jumaat....

      Kalau boleh aku memang x nak ada malam JUMAAT dalam hidup aku. Setiap malam jumaat pasti aku akan teringatkan dia.Setiap kali malam jumaat pasti aku akan terbayang-bayang wajah dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan aku. Kadang-kadang aku rasa macam nak ikut dia ke sana tapi aku belum bersedia. Aku rasa ramai lagi orang yang masih perlukan aku di sini. Tapi macam nak ikut juga-juga. Huhu..My life is meaningless. I have nothing left.
      He is everything. I have no friends to share my experiences. I have no one to pray for my successfulness.. And the most important thing i have no one to share my future degree..I have no him to smile in front of the door when i come back at my hometown. Now, i have no granpa to hug when the time i return to my college. I MISS HIM SO MUCH.

   YA ALLAH,
                    Temukanlah aku dengan dia walaupun hanya dalam mimpi. Aku sangat-sangat rindukan dia.

   WAHAI SEMANGAT,
                    Datanglah kembali dalam diri ini. Aku rasa macam aku tak mampu nak mengharungi hari esok. Tapi aku tahu apapun yang terjadi,aku mesti mengharunginya. My soul please come back to me...


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
                                                                                                                                        SURAH AL-BAQARAH:286

P/s Aku telah mencuba sedaya upaya. Namun setakat ini aku masih gagal. YA ALLAH bantulah hambamu yang lemah ini...

0 comments: