CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apr 3, 2011

Ya Allah itu Dugaan Baginya

Ya Allah,
         Pulihkanlah dia kembali....

Dia seorang pelajar yang amat cemerlang. Sejak dari sekolah rendah beliau tidak pernah mendapat tempat selain daripada tempat pertama di dalam kelas. Walaupun hatinya hanya setengah disebabkan surgery,dia tetap pelajar yang sangat bijak.

Kisah terjadi selepas pencapaiannya dalam ujian menurun ke nombor tiga. Dia terlalu memikirkan penurunan pencapaiannya hingga tidak dapat tidur. Dia diberikan Dugaan yang sangat hebat. Dia mengalami 'Skizofrenia'.
Kecian dia. Menitis airmata ketika aku melawatnya di rumah beliau. Seorang pelajar yang sangat pandai dan sangatcantik diberi ujian sehebat itu.

Dia kurang ingat tentang banyak perkara. Pergerakannya juga agak lemah berbanding biasa. Doktor hanya mampu memberi ubat tidur supaya dia boleh tidur dengan lena. Kecian dia. Hanya Allah yang tahu apa yang Allah rancangkan. Menitis airmata ku lagi bila dia bercakap. Form three disamakan dengan 25 tahun. Ya Allah sembuhkanlah dia. Dia sangat baik. Aku sayangkan dia.

Apa yang aku paling kagum, apabila azan berkumandang dia mengajakku bersolat. Ya Allah, dia masih ingat padaMu biarpun dia lupa tentang dunia. Dia menyuruh adikku membaca Yasin buatnya. Bukan sebab dia tidak mampu ataupun lupa tapi dia mahu ada orang yang membacanya. Dia rasa sangat tenang pabila ada orang yang membaca Yasin untuknya. Ya Allah, dia masih cintakan jantung Quran iaitu Surah Yasin. Ya Allah sembuhkan hambamu ini.

Mungkin Allah masih sayangkan dia. Biar dia lupa tentang dunia. Tapi dai tetap hafal Segala ayat-ayat suci Al-Quran. Dia masih tidak lupa padaMu Ya Allah. Aku amat kagum dengan kuasa MU Ya Allah.

p/s Ya Allah sembuhkanlah dia. Dia terlalu lemah untuk itu.Amin...

0 comments: