Suatu ketika dahulu,aku pernah menaiki basikal tua bersamamu.Aku masih igt saat kau setia menanti kepulangan aku dari sekolah. Pada ketika itu kau masih kuat dan sihat.Kau masih mampu mengayuh basikal tua untuk mengambil aku dari sekolah. Gembira tidak terkata apabila aku melihat kamu di depan pintu pagar sekolah.Aku berlari dan mencium tangan mu. Aku sangat gembira menaiki basikal tua bersamu. Sepanjang perjalanan aku berceloteh untuk menceritakan waktu-waktu aku di sekolah. Aku tahu kau amat menyayangiku.Kau amat setia mendengar celotehku yang panjang lebar. Kau tidak pernah mengeluh bahawa aku menjadi beban. Setiap hari aku pasti setia menanti kehadiran basikal tua mu.Aku amat gembira. Aku tidak pernah kisah tinggal bersamamu. Aku lebih senang tinggal bersamamu,sampaikan aku jarang pulang ke rumah ku sendiri.Aku amat seronok bila kau membawa aku bersiar-siar bersama basikal tua mu.Sekarang tiada lagi saat itu.Aku amat rindukan kamu dan basikal tua mu.Kini basikal tua mu hanyalah dalam stor. Kenangan hanya tinggal kenangan.Yang pasti kau akan tetap berada dalam hatiku sehingga akhir hayat ini..AL-FATIHAH...
P/S DITUJUKAN KHAS BUAT NENEK TERCINTA,ARWAHYARHAM MOHD ZAIN BIN HAMIDAH.ALLAH LEBIH SAYANGKAN KAMU.SEMOGA KAMU DITEMPATKAN DLM KALANGAN ORANG BERIMAN..
Feb 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment