CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jul 26, 2010

Nisfu Syaaban...

Dear princess,
                      Today is already 14 Syaaban.Time is running so fast.Its not more than 24 hour to reach the Nisfu Syaaban.I'm had looked back to my past, i done nothing.Waa....now i realized that the time doesnt wait for me.I've read lots of thing about nisfu syaaban.Banyak fadhilat dalam bulan Syaaban nie.Dan banyak juga amalan yang dapat kita lakukan dlm bulan yang mulia ini.Antaranya:

1.15hb-Nisfu Syaaban
  • Hidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya:
  1. panjang umur serta dapat beribadat.
  2. murah rezeki.
  3. tetapkan iman.
  • Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak iaitu 30 hb Syaaban


Apa itu Nisfu Syaaban?

According to MR WIKI,
                            Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


                     Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

   
        Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:


       Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

      Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

       Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Manakala antara amalan sunat pada Nisfu Syaaban pula adalah:

  • Membaca Surah Yasin pada malamnya
  • Mengadakan Qiamullail.
  • Berpuasa pada siang harinya.

   Terdapat banyak fadhilat melakukan amalan sunat ini.Info ini hanyalah sekadar perkongsian dan ingatan buat diri saya dan rakan-rakan.Saya amat berharap agar Allah mengurniakan kekuatan kepada saya supaya dapat beribadat dan menghambakan diri kepadaNya.

P/s     renung-renungkan dan selamat beramal  :)

0 comments: