CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sep 22, 2010

My little angel..

Dear diary,
                 Dia ke Hospital Metro semalam ditemani kedua ibubapanya. Sedang orang lain bergegas ke sekolah,dia terpaksa ke hospital. Sedang orang lain bersiap-sedia untuk menghadapi Trial Exam. Dia masih menanti keputusan di bangku hospital. Keputusan dari doktor amat mengecewakan. Tambahan pula, tiada pakar darah. Oleh itu, penyakit sebenar tidak dapat didiagnose. Ibubapanya hanya menanti dengan penuh sabar.Selepas di buat 'check up', doktor mendapati hatinya bengkak. According to the knowledge from the net, i found that it is simptom of kanser tulang and luekimia.Ya Allah..berikanlah kekuatan.Moga-moga segala andaian itu tidak benar sama sekali. Aku percaya dia baik-baik sahaja.
Selepas itu, doktor 'mereferkan' kes dia ke Hospital Lam Wah Ee kerana di Hospital Metro tiada pakar darah.Aku percaya dia baik-baik sahaja. Aku syg dia.Aku bukannya kakak yang baik buat dia.

           Hari ini hari selasa, dia ke Hospital Lam Wah Ee. Mama dan Abah masih setia bersama dia. Aku sedikit terkilan kerana aku masih disini. Aku x dapat bersama dia di sana. Setelah diperiksa, doktor mengatakan terdapat lebihan sel darah putih. Aku menbaca internet lagi. Itu tanda-tanda luekimia. Abah cakap bukan luekimia tapi talasemia. huhu..jgn la nak sedapkan hati aku. Aku bukan lagi kanak-kanak untuk ditipu. I am big enough to know the truth. Tolong la..huhu.. Tapi dr di hospital ini juga tidak dapat beri kata putus. Dia terpaksa bermalam di hospital ditemani mama dan abah. Mujur mama dan abah ada.Esok dia akan ke hospital kerajaan. Aku hairan kenapa hospital private cakap x blh nk bg kata putus. Kenapa perlu 'direfer' ke hospital kerajaan.Tapi tak pe,asalkan dia sihat seperti selalu sudah. Ya Allah selamatkanlah dia. Dia sihatkan Ya Allah. Dia x sakit. Aku tahu dia sihat. Aku belum puas bersamanya. Berilah aku peluang yang lagi lama untuk buktikan yang akulah kakak terbaik dan aku amat sayangkn dia. Tolonglah Ya Allah.

p/s selagi belum da kata putus dan keputusan on paper aku akan tetap kata dia sihat. Dia x sakit.Aku Tak mahu dia sakit..Aku sayang dia..

2 comments:

zjza_jawahir

insyaAllah dia sihat atin..kite sama2 doakan dia sihat dia ye..aq tau cmne ko rs..sape yg xsygkan adik..tabahkan diri ye atin untuk dia..dia perlukan sokongan ko.so,jgn tunjukkan ko lemah pd dia..insyaAllah,segalanya baik2 je..

Fatin Ameera

yup..i must be strong..he is ok..nothing wit him..he is under medication right now...hrp2 dia smbuh..