CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jun 2, 2010

Guru Arkitek Bangsa!!

     Aku tak pernah mimpikan untuk menjadi seorang guru. Tak tercapai dek akal. Sejak dari bangku sekolah lagi aku cakap cita-cita terakhir aku adalah guru. Selama itu,aku selalu berkata guru kerja yang sangat susah. Sangat berat tugas itu.Dulu hanya sekadar anganan dan aku sangat bencikan cita-cita untuk menjadi guru. Aku tak pernah sedar guru itu satu profesion yang sangat mulia. Selama mana ilmu yang kita ajarkan itu diaplikasikan,selama itulah pahala akan terus mengalir.

   Kini, aku bakal menjadi seorang guru. Aku sedar pabila aku signkn borang perjanjian maka akan bermulalah perjalananku bermula sebagai seorang guru pelatih. Bukan mudah untuk aku sesuaikan keadaan dan menerima tawaran ini dengan sepenuh hati. Tapi alah bisa tegal biasa. Akhirnya dengan izin Allah aku telah berjaya untuk menerima kenyataan bahawa suatu hari nanti aku bakal bergelar seorang guru. Guru yang pastinya akan berkorban untuk nusa dan bangsa. Memang seorang guru itu bukanlah seperti tentera yang berjuaang untuk negara tercinta tp seorang guru itu akan mencorakkan masa depan negara. Guru itu pemangkin negara bangsa. Guru juga yang bakal melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Aku rasa aku sangatlah suka akan kerjaya ini.Aku akan berbakti demi negara tercinta ini.

    GURU ARKITEK BANGSA!!!
Aku juga begitu.
Aku arkitek bangsa,(guru akan mencorakkan generasi masa depan)
Aku jurutera bangsa,(guru akan melahirkan banyak produk)
Aku doktor bangsa,(guru juga akan merawat bangsa)






LAGU GURU MALAYSIA



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

0 comments: